Pendakian di Bukit Broga

in #esteem6 years ago

image

Salam semua warga steemit..hari ini saya ingin berkongsi pengalaman saya mendaki bukit broga bersama rakan-rakan pejabat..

Pendakian ini adalah yang pertama kalinya buat kami...mungkin kerana tekanan di tempat kerja, jadi kami ingin mencuba aktiviti ini sebagai salah satu langkah mengatasi stress..

image

Bukit broga ini terletak di Semenyih dan tidak terlalu jauh dari Kuala Lumpur..Bagi sesiapa yang ingin memulakan pendakian buat kali pertama, bukit ini adalah cadangan yang terbaik kerana tidak terlalu tinggi dan laluan yang sangat mudah dan tidak terlalu mencabar.

Digalakkan datang seawal yang boleh kerana sangat ramai orang berkunjung di sini..ada juga yang membawa anak-anak kecil untuk berekreasi..Parking hanya di dalam kawasan ladang kelapa sawit dan dikenakan bayaran RM 2.00/kereta..

image

image

Suasana yang tenang dan nyaman ini sedikit sebanyak dapat melupakan kesibukan kota selain kami dapat melakukan aktiviti yang sihat di hujung minggu..

Coin Marketplace

STEEM 0.20
TRX 0.13
JST 0.030
BTC 65248.25
ETH 3471.40
USDT 1.00
SBD 2.51